PEMBANGUNAN LAMAN WEB TERPANTAS DAN TERMURAH

.

   FUNGSI WEB

 

PAKEJ PILIHAN ANDA

 

 

 

 

 

 

 

PERKHIDMATAN PEMBINAAN WEB PALING MURAH DAN PANTAS

 

Pastikan perniagaan anda disokong oleh sebuah laman web kerana web site mampu untuk membawa perniagaan anda ke peringkat antarabangsa dalam masa beberapa saat sahaja.

Website anda akan bekerja 24 jam mempromosikan perniagaan anda ke seluruh dunia....

KEPENTINGAN LAMAN WEB UNTUK PERNIAGAAN ANDA

  1. Anda mengiklankan dan mempromotekan perniagaan anda secara percuma selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun dan seterusnya.

  2. Website anda bukan shj mengiklankan perniagaan anda di Malaysai, malahan di seluruh pelusuk dunia. Jika perniaggaan anda merupakan perniagaan antarabangsa, ini adalah cara terbaik untuk meluaskan pasaran.

  3. Bakal pelanggan anda boleh memperolehi maklumat mengenai perkhidmatan dan produk anda dengan segera. ini menjimatkan perbelanjaan untuk menghasilkan katalog, menjawab pertanyaan dan sebagainya.

  4. Menjimatkan kos pengiklanan di akhbar. Anda hanya perlu masukkan nama syarikat, perkhidmatan yang anda tawarkan dan alamat laman web anda shj yang perlu diiklankan. Lebih ringkas iklan anda, lebih murah kos pengiklananya.

  5. Apabila perniagaan anda mempunyai laman web, maka perniagaan anda telah menceburkan diri dalam dunia teknologi maklumat.

  6. Perniagaan anda telah menapak maju dan akan meninggalkan pesaing anda yang masih lagi menggunakan cara konvensional dalam mempromosikan perniagaanya. Pastinya maklumat mengenai perniagaan anda adalah lebih cepat merebak dan berkembang .

Semua manusia manusai dapat mengetahui perniagaan anda dari seluruh dunia dengan hanya menaip alamat laman web anda, dan serta merta akan muncul di skrin komputer pelawat

Pastikan anda tidak ditinggalkan oleh pesaing anda..

 

Cara Mempromosi/Memperkenalkan Website Anda

Untuk memastikan laman web anda benar-benar berfungsi, anda perlu mempunyai strategi bagaimana hendak mempromosikan web site anda. Berikut diterangkan sedikit tips yang boleh anda lakukan untuk memperkenalkan website anda

  • Letakkan alamat laman web anda pada papan tanda perniagaan anda di premis anda
  • Promosikan website anda melalui e-mel yang telah anda kumpul atau simpan.
  • Anda mengujudkan majalah elektronik anda sendiri.
  • Mencetak risalah perniagaan yang mengandungi alamat laman web anda, kemudian edarkan risalah tersebut berhampiran dengan tempat anda tinggal.
  • Apabila anda membuat iklan kecil (classified) di akhbar masukkan alamat laman web anda ke dalam iklan tersebut.
  • Membuat iklan di laman-laman web yang menawarkan perkhidmatan iklan percuma.
  • Berlanggan dan membuat iklan di dalam Enzine (Majalah Elektronik).
  • Membuat iklan di dalam Kumpulan Berita (Newsgroup) contohnya spt Yahoo Group.
  • Membuat iklan semasa anda bersembang (chat) melalui internet.
  • Daftarkan laman web anda di dalam Enjin Pencari (Search Engine) yang terkenal.
  • Mengiklan laman web anda di dalam buku Direktori Telefon (Yellow Pages)
  • Promosikan alamat laman web anda semasa mengadakan mesyuarat dengan syarikat lain atau dengan client anda.
  • Meletakkan alamat laman web anda dalam Kad Perniagaan (Business Card).
  • Mengiklan melalui stiker, tampalkan di tempat-tempat tumpuan orang ramai.
  • Menulis rencana mengenai perniagaan anda dan masukkan alamat laman web anda ke dalam rencana tersebut.
  • Mempromosi dari mulut ke mulut.
  • Jika perniagaan anda menarik, beritahu kepada pemberita akhbar kecil mengenai perniagaan anda.
  • Mengadakan seminar.
  • Buat Stickers dan tampalkan di merata tempat.
  • Cetak risalah-risalah yang berupa kad, kemudian letakkan di restoran-restoran.
  • Hubungi Siber kafe untuk membuat iklan di tempat mereka.
  • Mengiklan melalui majalah.
  • Mengiklan melalui sepanduk (banner) di internet.
  • Melibatkan diri di dalam sebarang kelab atau aktiviti masyarakat serta promosikan laman web  anda di sana.
  • Pengiklanan melalui radio.
  • Pengiklanan melalui poster.
  • Promosi melalui surat. Kumpulkan nama-nama dan alamat-alamat orang-orang yang akan menerima risalah perniagaan mereka, kemudian kirimkan risalah perniagaan anda melalui surat.
  • Tampalkan sticker kereta yang mengandungi alamat laman web perniagaan anda pada kereta anda.
  • Menerbit ebuku mengenai perniagaan anda dan edarkan secara percuma melalui internet.
  • Buat pertukaran iklan dengan lain-lain laman web.
  • Cetak alamat laman web pada kemeja T (T Shirt).
  • Mengadakan peraduan di dalam laman web anda.
  • Meletakkan Engine Search dalam laman web anda dan pastinya laman web anda akan menjadi tumpuan.
  • Menjadikan laman web anda bukan shj mengenai perniagaan anda, masukkan artikel yang menarik, isu terkini, web link, dan sebagainya supaya pelawat tidak hanya melawat sekali sahaja. Laman yang mempunyai banyak fungsi pastinya pelawat akan mengesyorkan laman web anda kepada rakanya yang lain
  • Mengadakan peraduan permainan komputer di dalam laman web anda.

 

 

 

Ų

                    MAST NETCOM ENTERPRISE

   

Ų

@ 2004 All Right Reserve. Design By MAST NETCOM ENTERPRISE  Last Update:03-Jan-2004 12:44 PM